Monday, April 13, 2009

Retorik Anwar Ibrahim


Baru-baru ini, saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat lama saya, salah seorang pemimpin muda dari Perak. Kami banyak berbincang tentang keputusan pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Perak. Realitinya, undi cina terhadap PAS telah meningkat iaitu sebanyak 85% berbanding 15% kepada BN, manakala undi melayu terhadap BN bertambah daripada 14,500 (2008) kepada 17,000 (2009) pada pilihanraya kecil berkenaan.

Kesimpulannya kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang adalah atas sokongan orang-orang Bukan Melayu. Orang Melayu kembali menyokong BN. Apa sebab perkara ini berlaku?. Apakah punca pengundi bukan melayu menyokong perjuangan Anwar Ibrahim??

Menurut kata sahabat saya itu, inilah apa yang Anwar janjikan kepada mereka jika PR memerintah suatu hari nanti.

1. Peruntukan rumah ibadat kepada agama-agama lain akan di samaratakan, contohnya, kalau masjid 100, gereja 100, kuil pun 100.

2. Lebih ramai orang bukan melayu diserap sebagai kakitangan awam.

3. Kerusi Naib Cancelor akan diberikan kepada bukan melayu

4. Jawatan YDP Majlis dan Daerah akan diberikan kepada bukan melayu
5. Kaum bukan melayu akan diberikan peluang untuk memiliki stesyen minyak Petronas

6. DEB dihapuskan


Anwar Ibrahim telah menyimpang jauh dari perjuangan asalnya, semata-mata kerana ingin menjadi PM. Beliau ketika menuntut di Universiti Malaya dahulu, terkenal sebagai aktivis yang lantang memperjuangkan agama islam dan juga bangsa Melayu. Jangan kerana "Personal Vandetta", agama dan bangsa diperjudikan. Fikir-fikirkanlah - FR


No comments:

Post a Comment