Friday, April 17, 2009

Berubah lah Ahli UMNO!!


SPR akan akan mengumumkan satu lagi pilihanraya kecil tidak lama lagi di Penanti, Pulau Pinang. Saya berharap ahli UMNO dapat mengubah pendekatan berkempen di sana. Jangan masa pilihanraya sahaja kita nak turun padang untuk memberikan bantuan. Rakyat kita sudah bertukar selera, mereka tidak mahu kerajaan 'menabur wang' ketika pilihanraya lagi. Bagi mereka kalau tak undi BN pun, tetap ada pembangunan. Mereka mahukan pendekatan yang lebih mesra rakyat.

Antara pendekatan yang perlu di ubah, adalah imej ahli Umno itu sendiri. Tak usahlah berpakaian terlalu "glamour" ketika masuk kampung; tak perlu berbaju linen dan berkasut kulit hitam, ini akan menyakitkan mata pengundi sahaja. Ahli Umno perlulah merendah diri apabila berdepan dengan rakyat. Perkara remeh-temeh begini yang menyebabkan undi BN merosot. Ahli Umno juga perlu lebih mendekati pengundi di atas pagar dan juga ahli pembangkang. Sekurang-kurang nya kita dapat memahami apakah keinginan dan juga aspirasi rakyat. Saya yakin pengundi atas pagar dan juga pembangkang (saluran 1 & 2) pernah mengundi BN atau pun Parti Perikatan. Cuba dekati mereka dan cuba fahami apakah faktor mereka berubah fikiran.

Ingatlah amanat Presiden kita," Kita perlu berubah sebelum kita di ubah!" - FR

No comments:

Post a Comment