Friday, May 15, 2009

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2009


NEGERI MELAKA TELAH DI PILIH SEBAGAI TUAN RUMAH BAGI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PADA TAHUN INI.PELBAGAI ACARA MENARIK TELAH DIPERTANDINGKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PADA TAHUN INI DENGAN TAWARAN HADIAH YANG MENARIK UNTUK DIMENANGI

PIHAK URUSETIA MENGALU-ALUKAN SEMUA PARA BELIA YANG BERUMUR DIANTARA 15 HINGGA40 TAHUN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM PELBAGAI ACARA YANG DIPERTANDINGKAN PADA KALI INI. UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA DI TALIAN 06-2825566 MAJLIS GABUNGAN BELIA NEGERI MELAKA BAHAGIAN SAHABAT BELIA 06-2842849 JABATAN KETUA MENTERI MELAKA 06-2868820.
PENYERTAAN ANDA AMAT DI HARGAI. ACARA KEMUNCAK SAMBUTAN IALAH PERHIMPUNAN YANG DIHADIRI OLEH 20,000 BELIA PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT PADA 15 MEI 2009 (JUMAAT) JAM 4.00 PETANG DI DEWAN MITC, AYER KEROH MELAKA. TERBUKA PADA SEMUA YANG BERMINAT UNTUK HADIR.PERCUMA.ss

Monday, May 11, 2009

Ulangtahun UMNO ke -63.






63 tahun yang lalu, pada 11hb. Mei 1946, setelah melalui beberapa pertemuan dan perbincangan, pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai persatuan dari seluruh tanahair telah bersepakat untuk menyatukan seluruh perjuangan Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang selama ini terpisah-pisah atas faktor primordial dan parochial.

Perjuangan orang Melayu yang pernah dijajah ratusan tahun hanya berjaya apabila ianya disatukan dibawah satu wadah: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR atau UMNO. Sebelum itu Melayu berjuang secara terpisah-pisah kerana mementingkan semangat kesukuan dan kedaerahan. Melayu Kelantan berjuang untuk orang Kelantan. Melayu Perak berjuang untuk orang Perak. Begitu juga Melayu dari negeri-negeri yang lain termasuk Melayu Johor.

Lahirlah bermacam-macam persatuan seperti API (Angkatan Pemuda Insaf), KMM (Kesatuan Melayu Muda), PETA (Pembela Tanahair), LKMJ (Lembaga Kesatuan Melayu Johor), PMSJ (Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dan banyak lagi. Masing-masing mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu untuk menentang penjajahan Inggeris, tetapi mereka terpisah kerana semangat negatif, yang mengecilkan perjuangan mereka iaitu semangat kesukuan dan kedaerahan.

Dato Onn Jafar adalah tokoh pemimpin Melayu yang telah berjaya menyatu dan memperkasakan perjuangan Melayu melalui satu sahaja wadah Perjuangan iaitu UMNO. Walaupun UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946, masih ada persatuan Melayu seperti SABERKAS dan Persetiaan Melayu Kelantan yang masih berdegil dan enggan membenarkan ahlinya menjadi ahli UMNO secara terus.

Dengan kebijaksanaan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, melalui sebuah ucapannya pada tarikh 27hb Disember 1947, beliau telah berjaya menyedarkan orang Melayu tentang kesilapan ini dan perjuangan Melayu dapat disatukan melalui parti UMNO yang unggul. Kesannya, hanya sepuluh tahun sahaja kemudian daripada itu, iaitu pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya setelah melalui zaman penjajahan yang penuh keperitan dan penghinaan kira-kira selama 450 tahun. Peringatan Dato Onn ini kepada orang Melayu telah dilafaskannya kira-kira 63 tahun yang lalu.

Pada masa sama, Presiden UMNO; Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itu pada masa lalu.Sebaliknya, Perdana Menteri mahu mereka berusaha melakukan perubahan supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus relevan.

Beliau juga menegaskan, pemimpin dan ahli parti perlu menyedari bahawa semakin ramai pengundi masa kini terdiri daripada golongan pasca merdeka dan tidak pernah melalui peristiwa penting yang berjaya ditangani oleh UMNO dan BN.Sehubungan itu, beliau menuntut ahli-ahli parti itu berubah dari segi cara berfikir, strategi politik dan kaedah berkomunikasi dengan pengundi baru mengenai dasar yang diperjuangkan UMNO dan BN.

Tuesday, May 5, 2009

Lima Rukun Pemuda


Pemuda Umno Pusat telah menggariskan pendekatan yang sentiasa segar dengan tuntutan semasa yang membentuk sikap dan kehendak pengundi muda. Sehubungan dengan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairi Jamaluddin telah mengumumkan penstrukturan kepada biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik sokongan pengundi muda. Pendekatan baru itu juga bukan sahaja untuk menarik sokongan golongan muda Melayu tetapi juga merentasi batasan kaum untuk memastikan kejayaan BN.

Dalam pengumuman selepas Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO itu, Khairy menggariskan bahawa pendekatan tersebut adalah berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif , Proaktif, Relevan dan Bersatu.

Menurut Khairy, Pemuda Berprinsip bermakna Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan Perlembagaan, Rukun Negara, kontrak sosial dan perkongsian kuasa.

Pemuda Inklusif adalah dengan memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong kita," katanya.

Beliau berkata, Pemuda Proaktif bermaksud tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan sebelum ia menjadi krisis yang besar.

Katanya, bagi menjadikan Pemuda Relevan, semua programnya diubah suai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.

"Dan yang terakhir (rukun kelima) adalah Pemuda Bersatu. Pemuda tidak boleh berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah-belah kerana ia akan menggagalkan usaha BN untuk memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya.-ss

Friday, May 1, 2009

Senarai Ketua Pemuda Negeri Dan Exco Lantikan Pemuda Malaysia

Seluruh warga Pemuda Umno GuGusan Sg Merab merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri dan Exco yang telah dilantik oleh YB Sdr Khairi Jamaludin, terutamanya kepada Tn Hj Suhaimi b Hj Mohd Ghazali sebagai Ketua Pemuda Negeri Selangor. Kami menyokong pimpinan yang baru ini untuk menjana dan menentukan Agenda dan Hala Tuju Pemuda.Hidup UMNO!- ss

Berikut ialah senarai Ketua Pemuda Umno Negeri :

1. Perlis - Mohsin Mohd Yusoff (Ketua Pemuda bahagian Padang Besar)

2. Kedah - Badrol Hisham Hashim (Ketua Pemuda bahagian Padang Terap)

3. Pulau Pinang - Norman Zahalan (Ketua Pemuda bahagian Bayan Baru)

4. Perak - Maslin Sham Razman (Ketua Pemuda bahagian Kuala Kangsar)

5. Selangor - Suhaimi Mohd. Ghazali (Ketua Pemuda bahagian Sepang)

6. Wilayah Persekutuan - Rizalman Datuk Mokhtar (Ketua Pemuda bahagian Bandar Tun Razak)

7. Negeri Sembilan - Mohd Helmi Din (Ketua Pemuda bahagian Rasah)

8. Melaka - Karim Yaacob (Ketua Pemuda bahagian Bukit Katil)

9. Johor - Mohd. Fadil Muskon (Ketua Pemuda bahagian Air Hitam)

10. Pahang - Abu Jimi Samat (Ketua Pemuda bahagian Lipis)

11. Terengganu - Bahri Baharuddin (Ketua Pemuda bahagian Marang)

12. Kelantan - Anuar Safian (Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian)

13. Sabah - Azman Ruslan (Ketua Pemuda bahagian Keningau)

Senarai Exco Lantikan:-

1. Abdul Razak Abd. Rahman (Ketua Pemuda bahagian Kota Melaka)

2. Khairul Azwan Datuk Harun (Ketua Pemuda bahagian Pasir Salak)

3. Badrol Hisham Zakaria (Ketua Pemuda bahagian Kuala Terengganu)

4. Mohd Faizal Ramli (Ketua Pemuda bahagian Teluk Kemang)

5. Anis Hisham Abdul Aziz (Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor - muka lama)