Wednesday, August 12, 2009

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP SG MERAB 2009









Gerakan Belia 4B dan Pemuda UMNO Gugusan Sg Merab telah menganjurkan satu Kejohanan Badminton Tertutup Sg merab yang berlangsung pada 25 dan 26 Julai 2009. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan yang terdiri daripada Terbuka bawah 12tahun, Terbuka Beregu dan Berpasukan. Perlawanan-perlawanan diadakan di dewan Pusat Latihan Perindustrian Pemulihan Bangi (PLPP )Bangi dan di Dewan Orang Ramai Dato' Mohd Sharif Sg Merab. Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada pemain dan juga pasukan yang bertanding dalam acara berpasukan yang terdiri daripada taman-taman yang berada disekitar Kg Sg Merab. Seluruh ahli jawatankuasa penganjur merakamkan ucapan terima kasih keatas Dato Ir.Mohd Zin Bin Mohamed Ahli Parlimen Sepang yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepang, Kumpulan Hartanah Melayu Sepang (KUTAMAS) dan Pihak PLPP diatas sumbangan serta kerjasama yang diberikan, tidak ketingggalan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak secara langsung bagi menjayakan program ini. -ss