Tuesday, April 14, 2009

"Kaji semula jambatan Bengkok" Pemuda Johor



Pemuda Umno Johor mencadangkan kerajaan mengkaji semula projek 'jambatan bengkok' yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.


"Ia (pembinaan jambatan bengkok) adalah pelaburan jangka panjang dan tiada siapa yang dapat menafikan kesan positif projek pembinaan jambatan itu terhadap ekonomi Johor dan di dalam mewujudkan pelbagai peluang ekonomi lain," kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Johor, Khalid Mohamad.

Beliau berkata, pembinaan semula jambatan bengkok merentasi Selat Johor mampu memenuhi aspirasi rakyat Johor terhadap barisan Kabinet Rakyat pimpinan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Katanya, keseluruhan rakyat Johor tanpa mengira agama dan bangsa mahu kerajaan mengkaji semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan pembinaan jambatan bengkok.

"Rakyat Johor daripada segenap pelusuk menaruh harapan yang tinggi terhadap Perdana Menteri supaya keputusan untuk membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Johor itu dikaji semula," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru pada sidang akhbar di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment