Sunday, April 26, 2009

Pemuda Prihatin - Siri 2

Program "Pemuda Prihatin" Pemuda UMNO Gugusan Sg Merab siri ke - 2 telah diadakan pada hari ini (26 April 2009), di sekitar Sg merab, Sepang. Aktiviti ziarah & gotong royong diadakan di 5 buah kediaman iaitu; Puan Yati B Sarso, Puan Halimah, Puan Mahaya, Hjh rahmah & Hj. Ibrahim Buyong.

Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan tali sirraturrahim antara generasi muda dan generasi tua, khususnya warga emas, fakir miskin & uzur. Kesemua tuan rumah memberi layanan yang baik kepada Pemuda Umno; dengan ini Pemuda Umno ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian menerima kami di rumah-rumah mereka. Sedikit pemberian berbentuk makanan & sumbangan telah di sampaikan kepada tuan rumah untuk mengurangkan beban mereka.

Program ini tidak berakhir di sini, di mana kami akan mengadakan program seperti ini sepanjang masa mengikut keperluan yang sesuai. Kami harap, dengan keperihatian kami ini, sedikit sebanyak dapat mengurang beban orang-orang yang memerlukan. Terima Kasih kepada semua kerana menjayakan program ini. Tahniah! - FR










No comments:

Post a Comment