Saturday, April 11, 2009

Elakkan Program "SYOK SENDIRI" - KJ



Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin telah merasmikan majlis Kesyukuran dan Program Exco Turun Padang serta perasmian Pasukan Gerak Khas Pemuda Selayang di Rawang malam Sabtu. Di dalam ucapan nya, beliau berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan mendengar inspirasi rakyat bawahan, keluhan rakyat miskin dan terpinggir. Beliau juga berkata beliau bersedia menjadi gurkha Umno bagi memastikan parti berjaya mengembalikan keyakinan rakyat, terutama generasi muda terhadapnya.

Beliau menambah, Pemuda UMNO tidak seharusnya menganjurkan program syok sendiri yang hanya melibatkan ahli UMNO sahaja, kita turun ke bawah berjumpa bersalam dengan orang yang sama, kita berceramah pada orang sama, kita bercakap pada orang yang sama yang totok UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Kita kena berubah dan keluar dari ruang selesa, kita kena mendekati dan bersama mereka yang sebelum ini ragu-ragu dengan perjuangan kita, dengan pendekatan yang lebih baik akan memastikan mereka yang mengundi di saluran 4, 5 dan 6 kembali memberi sokongan pada kita pada PRU 13 nanti, tegas Khairy.

No comments:

Post a Comment