Adalah amat dikesali jika bekas pemimpin di negara ini yang bertindak mengosongkan kerusi parlimen dan ADUN dengan alasan meletak jawatan. Saya berpendapat sebagai wakil rakyat yang telah diberi mandat pada pilihanraya yang lalu, mereka hendaklah megambil serius tentang keputusan untuk meletak jawatan, ini kerana apabila pilihanraya kecil diadakan, pihak SPR terpaksa mengeluarkan kos wang ringgit yang banyak dan wang tersebut adalah wang rakyat. Ini bermakna, dengan perletakan jawatan sewenang-wenangnya telah merugikan negara, rakyat dan masa itu sendiri.
PILIHANRAYA KECIL DAN KOS(RM)• PERMATANG PAUH - RM 409,000
• KUALA TERENGGANU - RM 580,000
• BUKIT GANTANG - RM 700,000
• BUKIT SELAMBAU - RM 400,000
• BATANG AIR - RM 400,000
• PENANTI -?
• JUMLAH RM -RM 2,489,000
PILIHANRAYA KECIL DAN SEBAB
• PERMATANG PAUH - LETAK JAWATAN
• KUALA TERENGGANU - KEMATIAN ADUN
• BUKIT GANTANG - KEMATIAN AHLI PARLIMEN
• BUKIT SELAMBAU - LETAK JAWATAN
• BATANG AIR - KEMATIAN ADUN
• PENANTI - LETAK JAWATAN
Sebagai contoh, pengundi ADUN PENANTI sekali lagi perlu keluar membuang undi setelah pilihanraya UMUM ke 12 dan pilihanraya kecil PARLIMEN PERMATANG PAUH. Adakah ini yang rakyat mahukan?Tentunya tidak. Maka, sebagai pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat, tanggungjawab yang dipikul amatlah berat, usahlah jayakan agenda politik dengan menyusahkan rakyat.- ss
Kerajaan sepatutnya merangka mekanisme dari segi undang-undang untuk mengelak daripada wakil rakyat meletak jawatan sesuka hati..
ReplyDelete